Kenapa Tak Boleh Nak Claim ??
“Insuran
dengan Takaful sama jer penipu!!…Insuran dan Takaful agen masa nak jual
punya le bagus, masa nak claim macam-macam hal, SUSAH!”.
Kenyataan
negatif ini sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya,
yang saya sebagai agen PruBSN Takaful pada awal pembabitan saya.
Tapi,
Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang
ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perkara-perkara
yang berkaitan dengan insuran atau takaful ini.
Pada pengalaman
dan pengamatan saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client
tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu
seterusnya menghapus kepercayaan mereka terhadap insuran/takaful.
Jadi,
di sini izinkan saya berkongsi kepada kepada anda mengenai
perkara-perkara yang menjadikan anda tidak mendapat claim dari syarikat
Takaful.
Antara Sebab Utama adalah…
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada
tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara
ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang
dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda
lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil
mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara
lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 30
hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan
(kecuali kemalangan)…pada masa grace period, memang TIDAK BOLEH nak
claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang
bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah
dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan
balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia
menyusahkan anda kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan
jangan sampai polisi anda lapsed!
2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi
Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada Takaful, mereka
dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah
akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak
pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya
apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak
mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent
penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada
dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang
dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat
termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya
mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi,
apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya
ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian.
Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL
CARD” seperti ini :
Jadi,
kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan
Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical
cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical
Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda
mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil
tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada
policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda
perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim
semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai
credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card
kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri.
Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat
insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang
tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula
dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu.
Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa
ke?….kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu
dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu
sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada
pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening
kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada
lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan
akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung,
keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali
polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari
PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang
biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi
insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan
(cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi,
ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada
secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi
individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu
berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau
pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan
(proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan
anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang
cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab
Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa
(enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi
berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Medical card hanya boleh digunakan slps 90 hari.
Tips
untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah,
waiting period untuk penyakit-penyakit kritikal adalah 60 hari bermula
dari tarikh polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit kritikal adalah seperti berikut.
1- Serangan Penyakit Jantung
2- Trauma Kepala Utama
3- Strok
4- Kanser
5- Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)
6- Pemindahan Organ Utama
7- Penyakit Lumpuh
8- Sklerosis
9- Hepatitis virus fulminan
10- Koma
11- Buta
12- Penggantian injap jantung
13- Kehilangan Tangan dan Kaki
14- Pembedahan Aorta
15- Alzheimer
16- Hilang pendengaran
17- Hilang Kebolehan Bertutur
18- Kebakaran Parah
19- Penyakit terminal
20- AIDS akibat transfusi darah
21- Penyakit motor neuron
22- Parkinson
23- Penyakit Hati yang kronik
24- Penyakit paru-paru yang kronik
25- Anemia Aplastik
26- Distrofi otot
27- Poliomeilitis
28- Meningitis Bakteria
29- Tumor Otak Benigna
30- Ensefalitis
31- Full Blown AIDS
32- Sindrom Apalik
33- Pembedahan Otak
34- Penyakit koronari yang kronik
35- Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan
36- Hipertensi arteri pulmonari
Macam
mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin
mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau
berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit
spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh
menunggu tidak mencukupi.
Seterusnya ini akan jadi salah satu
punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan
mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih
awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh
nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada
diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya
biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek … “Sekiranya
kita tidak tahu penyakit tersebut di cover, tiba-tiba ianya berlaku
kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah
atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi
kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan
kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita
akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dah tidak terus
mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah
sangat tinggi.”