http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20091115084027/Article/index_html
Diabetes naik
Oleh MAIAMALINA MOHAMED AMIN
maiamalina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Diabetes bukan penyakit popular seperti Influenza A (H1N1) dan HIV, namun disifatkan penyakit berbahaya dan cepat membunuh apabila cenderung mengakibatkan komplikasi jantung dan strok.
Malah perangkaan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006 turut menunjukkan pertambahan bilangan penghidap diabetes dari tahun ke tahun melepasi sasaran asal 11-14 peratus menjelang 2025.
Pro-Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong, berkata rakyat Malaysia perlu sedar dan berjaga-jaga dengan ‘bahana’ diabetes berikutan semakin ramai kelompok dewasa, termasuk kanak-kanak, menghidap peringkat kedua penyakit itu.
“Sedangkan kaji selidik setiap 10 tahun terbabit menunjukkan peningkatan bermula hanya 6.3 peratus pada 1986 kepada 8.3 peratus pada 1996 dan meningkat lagi menjadi 14.9 peratus bagi dua tahun lalu.
“Sasaran peningkatan diabetes antara 11 hingga 14 peratus dijangka berlaku pada 2025, kini lebih awal.
“Malah kanak-kanak pun ramai menghidap diabetes peringkat dua seperti golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas, bukan seperti dulu lagi di mana peringkat pertama lebih banyak menguasai,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment