Monday, December 28, 2009

Pelan Takafulink (Pelan Utama)

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.

 
Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Compassionate Benefit (Khairat Kematian)
  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
4- Crisis Cover Plus (CCP)
  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)

5- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

6- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
7- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).


9- Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10- Annual Limit Waiver (Special...)
  • Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
  • Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih detail) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
  • Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
  • Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000. Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
  • Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya : nuzulamrizakaria@prupartner.com.my
11- Medical Cover
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500


  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.
12- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
14- Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus
  • Boleh rujuk (Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus)
15- Premium Percuma (Contributor Benefit)

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
  • Sedikit penerangan ringkas...
Contributor

  • Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
  • Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
  • Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
  • Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita.
Parent Contributor

  • Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
  • Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
  • Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
Spouse Contributor

  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
  • Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
  • Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
Takaful Saver Contributor

  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
  • Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
  • Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.
Takaful Saver Parent Contributor

  • Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
16- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Nota : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di :


Tel : 019-2743262 (Nuzul) atau email nuzulamrizakaria@prupartner.com.my

Medical Card - Takaful Health

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink, khas untuk perlindungan bil perubatan.


Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
  • Dan banyak lagii.....hubungi saya sekarang...
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)


Penerangan mengenai NCB :
  • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
  • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
  • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya
  • Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang. hubungi saya : 019-2743262 (Nuzul) untuk mendapat maklumat lanjut.
Perhatian :

Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation

(300 <= ko-takaful :10% <=1000)

Contoh 1 :

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700

Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya di (Nuzul) 019-274 3262 or email : nuzulamrizakaria@prupartner.com.my

2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

3- Apakah Pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan.

Saturday, December 19, 2009

Perbezaan Insuran yang ada "Medical Card" dan yang tidak....

Tahukah anda kelebihan "MEDICAL CARD"?
Kebanyakan orang yang mengambil insuran/takaful tidak diberikan kemudahan KAD tersebut, maka dengan sebab itulah pampasan yang diberikan boleh mencapai ratusan ribu ringgit.... TETAPI jangan mudah terpedaya....

PAMPASAN akan diberikan kepada anda bila anda mengalami perkara-perkara spt berikut:

1) Berlakunya kematian/ kemalangan yang mengakibatkan kematian

2) Berlakunya kemalangan atau kejadian yg menyebabkan anda lumpuh kekal sepenuhnya

3) Anda mengalami penyakit-penyakit KRITIKAL (36 jenis penyakit)

 TETAPI, tahukah anda, berapakah perlindungan yang diberikan oleh insuran tersebut untuk rawatan semasa anda terlantar di hospital? Jika ada pun, jumlahnya adalah AMAT SEDIKIT, sesetengahnya hanya sampai beberapa RIBU sahaja... Tahukah anda berapakah kos jika melibatkan pembedahan kecil? Itupun menjangkau RM10 Ribu....jadi, bagaimanakah anda akan membayarnya nanti?

Satu lagi perkara penting yang patut anda ketahui ialah, jika tiadanya "Medical Card", anda perlu membayar kesemua BIL hospital tersebut terlebih dahulu dan CLAIM kemudian... Jika bil tersebut berjumlah RM3,000 okeylah, TETAPI apa akan jadi jika bil tersebut mencecah RM20,000... Berapakah jumlah credit card yang anda perlu gunakan?

"Medical Card" akan membayar kesemua jumlah BIL seperti yang dicajkan oleh pihak Hospital dan anda tidak perlu risau dengan berapakah jumlah Kredit Kad yang anda miliki sekarang, kerana limit "Medical Card" tersebut mencecah sehingga RM1.5 Juta.... 

So......

Bertindaklah sekarang, SEBELUM TERLAMBAT.... 

Syarikat tempat anda bekerja sudah memberi anda perlindungan insuran?

Adakah tempat anda bekerja sudah memberikan anda perlindungan insuran? Jika begitu, eloklah...
TETAPI, beringatlah.....

1) Insuran tersebut hanya melindungi anda sehingga anda pencen SAHAJA, itupun kalau anda tidak bertukar tempat kerja. Kes yang lebih teruk lagi, jika berlakunya pembuangan kerja ataupun VSS... JADI, siapakah yang akan membayar bil hospital anda jika perkara yang tidak diingini semua ini berlaku?


2) Jika berlaku kemalangan (Nauuzubillah) ke atas diri anda yang menyebabkan anda tidak dpt bekerja, berapa lamakah syarikat akan menanggung anda? Kebiasaannya 3 bulan pertama GAJI FULL, 3 bulan seterusnya GAJI SEPARUH dan akhirnya anda akan diBERHENTIKAN. Selepas itu, di mana anda akan MENGADU?  sudahlah duit gaji dah tak ada, simpanan pun kurang, INSURAN peribadi pun tak ada. Di waktu itu, mungkin sudah terlambat untuk anda melakukan sesuatu...


3) Insuran yang ditanggung oleh syarikat juga mempunyai HAD tertentu, jika HAD tersebut sudah melebihi tahap dibenarkan, maka lebihannya terpaksa ditanggung oleh ANDA sendiri, mahukah anda membuat potongan gaji untuk membayar bil-bil ini semua?

KES-KES ini bukanlah untuk menakut-nakutkan ANDA, tetapi ia adalah REALITI yang berlaku pada hari ini yang mana masih ramai belum sedar disebabkan oleh ZON SELESA yang dikecapi sekarang...maka, sebelum semua perkara ini berlaku kepada anda, eloklah ANDA mahupun kita semua bersedia untuk sebarang kemungkinan... beringatlah SEBELUM TERLAMBAT....

Hubungi/SMS/e-mail saya untuk penjelasan lanjut, Nuzul 019-2743262 / nuzul1@yahoo.com
Saya akan pergi ke tempat anda untuk memberikan penjelasan... Terima kasih...

Friday, December 18, 2009

Aku masih muda, buat apa nak ambil insuran...

Memang betul, banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab alasan yang selalunya digunapakai ialah masa muda tak ada lagi penyakit.

Anda kena tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita dah ada penyakit bila kita dah berumur nanti.

Contohnya, batu karang:

Sekarang umur 24 tahun , sudah ambil insuran. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10K. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insuran akan cover semuanya.

Tapi bila dah umur 30, didapati ada penyakit batu karang tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil insuran.. Pre-existing disease before taking insurance will not be covered..


So muda la bagus.

Insurans tak mahal, bermula dari RM100 sebulan sahaja.

Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

Ok. Simpan sendiri pun boleh.

RM100 x 12 = RM1200

Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

so itu la bagusnya insurans

So fikir-fikir la yer...

Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

Pilih la ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bila anda susah nanti.

jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

bila anda terlantar , anak isteri tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email saya di nuzul1@yahoo.com

Thursday, December 17, 2009

Alah membeli menang memakai...

Ada orang berbangga dengan insuran yg premiumnya rendah dan dapat cover untuk satu family.
Tapi, tahukah anda apakah coverage yang ada dengan bayaran tersebut?
Sesetengah produk tiada pampasan untuk penyakit kritikal, sesetengahnya pula tiada medical card dan sesetengahnya setiap tahun perlu menambah premium bulanan dan bermacam-macam lagi...
Ketiadaan Medical Card menyebabkan anda perlu mengeluarkan duit anda terlebih dahulu dan claim kemudian..
Quality product do not comes cheap... If you have money, what is your choice? Proton or BMW?
Walaupun pelan Prudential BSN Takaful bermula dengan harga RM100 sebulan, anda akan mendapat faedah seperti berikut:

1) Pampasan akibat penyakit kritikal
2) Pampasan akibat kematian
3) Elaun Harian jika dimasukkan ke wad
4) Bil rawatan ditanggung sepenuhnya dengan adanya Medical Card yg disertakan bersama
5) Pampasan Khairat kematian bermula dari RM2000 dan ke atas
6) Perkhidmatan ambulan secara percuma

dan banyak lagi, jika budget anda lebih sedikit dari di atas...
Percayalah, walaupun anda "alah membeli, tapi menang memakai"...
Hubungi saya nuzul1@yahoo.com / 019-2743262

Monday, December 14, 2009

Anda mempunyai hutang?

Berapakah jumlah hutang anda:?

1) Pinjaman kereta
2) Kad kredit
3) Pinjaman Perumahan
4) Along?

Bagaimanakah anda akan membayarnya jika sesuatu malapetaka (Naauzubillah) menimpa anda dan siapakah yang akan membayarnya? Mahukah anda mengharapkan isteri bersusah payah mencari duit semata-mata untuk menyelesaikan hutang tersebut? Dimana akan ku cari, minta pada ayah, minta pada ibu, minta pada kawan, aku malu... duit tak ada... (petikan lirik lagu)

Saturday, December 12, 2009

Adakah anda kakitangan kerajaan?

Walaupun anda kakitangan kerajaan sekalipun.. Tahukah anda sesetengah rawatan penyakit kritikal di hospital kerajaan perlu dipindahkan ke Hospital Swasta oleh kerana tiadanya pakar tertentu di sesetengah hospital kerajaan? Maka, jika perkara ini berlaku kepada anda, siapakah agaknya yang akan membayar segala bil-bil perubatan yang berkaitan nanti?..Malah, lebih teruk lagi jika kes pula perlu dirujuk kepada Hospital di luar negara....

Maka dengan itu, insuranlah yang akan membantu anda, malah anda boleh memilih untuk berada di tempat yang lebih selesa di hospital swasta dengan bilik 4 katil, 2 katil mahupun 1 katil.. toilet pun ada didalam setiap bilik.. So, what are you waiting for? Kejarlah perlindungan insuran sebelum anda terkena penyakit yang akan menyebabkan permohonan untuk mendapatkan insuran anda di tolak...

Insuran adalah keperluan bukan kehendak lagi...

Mengapa insuran perlu sekarang, bukan esok atau lusa? Ingatlah wahai sahabat, 5 perkara sebelum datang 5 perkara
1)muda sebelum tua,
2)sihat sebelum sakit,
3)kaya sebelum miskin,
4)lapang sebelum sibuk,
5)hidup sebelum mati....
maka perlulah kita bersedia untuk dunia mahupun akhirat..

Thursday, December 3, 2009

Takaful Health: Tak sakit, kita bagi bonus...sakit, kita bagi perlindungan

Prubsn telah melancarkan satu pelan inovatif perubatan  
yang menawarkan ganjaran bonus kepada pelanggan yang 
tidak membuat tuntutan sepanjang tahun. Lebih kurang 
macam insurans kereta, ada NCB (Non Claim Bonus). Bonus 
yang di tawarkan adalah antara RM100 hingga RM500 setahun. 
Hanya satu-satunya pelan takaful yang ada dipasaran yang 
menawarkan NCB
Manfaat Utama PruBSN Takaful Health secara ringkas:
• NO CLAIMS BONUS
• Perlindungan MENYELURUH untuk bil kemasukan hospital 
dan pembedahan
• Pilihan untuk WAIVE had tahunan
• Pelbagai pilihan pelan perubatan yang mampu dimiliki
• Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun
 
Keratan Berita Harian 
 
Polisi Takaful Health sedia bonus
  Oleh Che Wan Badrul Alias
  
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenalkan  pelan 
insurans perubatan terbarunya, Takaful Health, yang 
menawarkan  bonus antara RM100 hingga RM500 setahun 
kepada pelanggan yang tidak  membuat tuntutan perubatan 
sepanjang tahun. Ketua Operasinya, Azmin Mithani, berkata 
pelan yang pertama kali  diperkenalkan dalam industri 
Takaful Malaysia, itu akan memberikan  lebih tambah nilai 
kepada pengguna untuk menikmati ganjaran daripada pelaburan 
mereka, walaupun dalam keadaan sihat. 
Bergantung kepada pelan pilihan pengguna, katanya, jumlah 
bonus tahunan  itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun 
pengguna dalam bentuk tunai  setiap tahun apabila tiada 
tuntutan dibuat. 
Beliau berkata, Takaful Health adalah produk yang membayar 
pelanggan  untuk menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan 
pada masa sama  melindungi pelanggan ketika sakit. 
“Sejak Takaful Health mula dijual 12 November lalu, kami 
menerima  maklum balas menggalakkan daripada pengguna dan 
ia dijangka memberi  sumbangan ketara kepada pendapatan 
syarikat tahun ini,” katanya selepas  pelancaran Takaful 
Health di Kuala Lumpur, semalam. 
Takaful Health menyediakan lima pelan insurans perubatan 
iaitu TH100,  TH150, 
TH200, TH300, TH400 dan TH500 untuk dilanggani pengguna seawal 
usia setahun hingga 60 tahun menerusi premium minimum RM100 
hingga  RM500. 
Ia menawarkan had perlindungan perubatan tahunan antara RM50,000 
sehingga RM150,000, mengikut pelan yang dipilih pengguna dengan 
perlindungan sehingga usia 80 tahun. 
Azmin berkata, Takaful Health bagi TH200, TH300 dan TH400 juga 
dirangka  supaya pengguna boleh meningkatkan had perlindungan 
tahunan sehingga 10 kali ganda, mengikut tuntutan yang diperlukan 
bagi perlindungan di luar jangka. Katanya, usaha penambahan jumlah 
hospital panel berbanding 35 hospital  ketika ini adalah sebahagian 
langkah untuk menarik lebih ramai pengguna  produk PruBSN. 
Beliau berkata, sehingga kini syarikat mempunyai kira-kira 300,000 
pelanggan dan jumlah itu dijangka meningkat tahun depan apabila 
syarikat meluaskan rangkaian hospital panel di seluruh negara. 
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi/sms saya, 
Nuzul-Amri di 019-274 3262 
atau email kepada: nuzul1@yahoo.com

Panel Syariah Prudential BSN Takaful