Thursday, December 3, 2009

Takaful Health: Tak sakit, kita bagi bonus...sakit, kita bagi perlindungan

Prubsn telah melancarkan satu pelan inovatif perubatan  
yang menawarkan ganjaran bonus kepada pelanggan yang 
tidak membuat tuntutan sepanjang tahun. Lebih kurang 
macam insurans kereta, ada NCB (Non Claim Bonus). Bonus 
yang di tawarkan adalah antara RM100 hingga RM500 setahun. 
Hanya satu-satunya pelan takaful yang ada dipasaran yang 
menawarkan NCB
Manfaat Utama PruBSN Takaful Health secara ringkas:
• NO CLAIMS BONUS
• Perlindungan MENYELURUH untuk bil kemasukan hospital 
dan pembedahan
• Pilihan untuk WAIVE had tahunan
• Pelbagai pilihan pelan perubatan yang mampu dimiliki
• Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau 80 tahun
 
Keratan Berita Harian 
 
Polisi Takaful Health sedia bonus
  Oleh Che Wan Badrul Alias
  
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenalkan  pelan 
insurans perubatan terbarunya, Takaful Health, yang 
menawarkan  bonus antara RM100 hingga RM500 setahun 
kepada pelanggan yang tidak  membuat tuntutan perubatan 
sepanjang tahun. Ketua Operasinya, Azmin Mithani, berkata 
pelan yang pertama kali  diperkenalkan dalam industri 
Takaful Malaysia, itu akan memberikan  lebih tambah nilai 
kepada pengguna untuk menikmati ganjaran daripada pelaburan 
mereka, walaupun dalam keadaan sihat. 
Bergantung kepada pelan pilihan pengguna, katanya, jumlah 
bonus tahunan  itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun 
pengguna dalam bentuk tunai  setiap tahun apabila tiada 
tuntutan dibuat. 
Beliau berkata, Takaful Health adalah produk yang membayar 
pelanggan  untuk menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan 
pada masa sama  melindungi pelanggan ketika sakit. 
“Sejak Takaful Health mula dijual 12 November lalu, kami 
menerima  maklum balas menggalakkan daripada pengguna dan 
ia dijangka memberi  sumbangan ketara kepada pendapatan 
syarikat tahun ini,” katanya selepas  pelancaran Takaful 
Health di Kuala Lumpur, semalam. 
Takaful Health menyediakan lima pelan insurans perubatan 
iaitu TH100,  TH150, 
TH200, TH300, TH400 dan TH500 untuk dilanggani pengguna seawal 
usia setahun hingga 60 tahun menerusi premium minimum RM100 
hingga  RM500. 
Ia menawarkan had perlindungan perubatan tahunan antara RM50,000 
sehingga RM150,000, mengikut pelan yang dipilih pengguna dengan 
perlindungan sehingga usia 80 tahun. 
Azmin berkata, Takaful Health bagi TH200, TH300 dan TH400 juga 
dirangka  supaya pengguna boleh meningkatkan had perlindungan 
tahunan sehingga 10 kali ganda, mengikut tuntutan yang diperlukan 
bagi perlindungan di luar jangka. Katanya, usaha penambahan jumlah 
hospital panel berbanding 35 hospital  ketika ini adalah sebahagian 
langkah untuk menarik lebih ramai pengguna  produk PruBSN. 
Beliau berkata, sehingga kini syarikat mempunyai kira-kira 300,000 
pelanggan dan jumlah itu dijangka meningkat tahun depan apabila 
syarikat meluaskan rangkaian hospital panel di seluruh negara. 
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi/sms saya, 
Nuzul-Amri di 019-274 3262 
atau email kepada: nuzul1@yahoo.com

No comments:

Post a Comment