Saturday, November 21, 2009

Budget: Anggaran berapa anda perlu bayar

Prudential-BSN Takaful mempunyai pelbagai pelan
takaful yang sesuai dengan bajet anda. Carta di
bawah memaparkan anggaran bayaran bulanan yang
tentunya anda mampu.

Jadual Caruman Bulanan





Age

Next Birthday

Monthly

Contribution (*)

Basic

Sum Assured (**)

1 - 30

RM100
RM20,000

31 - 35

RM110
RM20,000

36 - 37

RM130
RM20,000

38 - 40

RM140
RM20,000

41

RM160
RM20,000

42

RM170
RM20,000

43 - 45

RM180
RM20,000

46 - 49

RM200
RM10,000

50

RM210
RM10,000

51

RM230
RM10,000

52 - 53

RM240
RM10,000

54

RM260
RM10,000

55

RM270
RM10,000

56

RM310
RM10,000

57

RM330
RM10,000

58

RM340
RM10,000

59

RM350
RM10,000

60

RM360
RM10,000



(*) Angka yang ditunjukkan adalah adalah anggaran
minima.

(**) Caruman bulanan boleh ditambah untuk
mendapatkan ganjaran yang lebih tinggi.

Dengan caruman di atas,
anda juga layak menikmati

ganjaran-ganjaran berikut:



Plan »»»

MMC 100

Hospital & Surgical Benefits

Hospital Daily Room & Board Benefit

(120 days maximum per Annexure year)

RM100.00

Intensive Care Unit

(120 days maximum per Annexure year)

As Charged

Surgical Benefit

As Charged

In-Hospital & Related Services Benefit

As Charged
Out Patient Treatment Benefits (Per
Annexure Year)

Pre-Hospitalisation Treatment Benefit

(30 days prior to hospitalisation)

As Charged

Post-Hospitalisation Treatment Benefit

(90 days after to hospitalisation)

As Charged

Home Nursing Care Benefit

(180 days maximum per lifetime)

As Charged

Day Surgery Benefit

As Charged

Cancer Treatment Benefit

As Charged

Kidney Dialysis Benefit

As Charged

Emergency Treatment for Accident Injury
Benefit

RM1,000.00

Co-Takaful

Does not apply to Hospital Daily Room
and Board Benefit

10%, subject to a minimum CoTakaful
amount of RM300.00 and a maximum
CoTakaful of RM1000.00 (for Outpatient
Treatment Benefit the minimun CoTakaful
Amount and the Maximum CoTakaful Amaount
would not apply)

OVERALL ANNUAL LIMIT

RM50,000.00

LIFETIME LIMIT

RM500,000.00















Monday, November 16, 2009

Kes Diabetes semakin meningkat di Malaysia

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20091115084027/Article/index_html

Diabetes naik
 
Oleh MAIAMALINA MOHAMED AMIN
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Diabetes bukan penyakit popular seperti Influenza A (H1N1) dan HIV, namun disifatkan penyakit berbahaya dan cepat membunuh apabila cenderung mengakibatkan komplikasi jantung dan strok.

Malah perangkaan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006 turut menunjukkan pertambahan bilangan penghidap diabetes dari tahun ke tahun melepasi sasaran asal 11-14 peratus menjelang 2025.

Pro-Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong, berkata rakyat Malaysia perlu sedar dan berjaga-jaga dengan ‘bahana’ diabetes berikutan semakin ramai kelompok dewasa, termasuk kanak-kanak, menghidap peringkat kedua penyakit itu.

“Sedangkan kaji selidik setiap 10 tahun terbabit menunjukkan peningkatan bermula hanya 6.3 peratus pada 1986 kepada 8.3 peratus pada 1996 dan meningkat lagi menjadi 14.9 peratus bagi dua tahun lalu.

“Sasaran peningkatan diabetes antara 11 hingga 14 peratus dijangka berlaku pada 2025, kini lebih awal.
“Malah kanak-kanak pun ramai menghidap diabetes peringkat dua seperti golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas, bukan seperti dulu lagi di mana peringkat pertama lebih banyak menguasai,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, semalam.

Tuesday, November 10, 2009

Senarai Manfaat Takafulink

Berikut adalah senarai lengkap setiap rider yang terdapat di dalam satu-satu polisi Takafulink dari PruBSN. Sum Covered di bawah adalah manfaat asas yang MESTI disertakan ke dalam polisi. Manakala yang berikutnya adalah rider-rider yang anda boleh pilih mengikut keperluan anda.

Pastikan rider yang anda pilih sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Perlu diingat bahawa setiap polisi dengan rider yang berlainan adalah berbeza dari segi coverage. Wealth Planner anda akan memberi nasihat untuk pilihan rider berdasarkan keutamaan dan keperluan serta bajet anda.

Anda boleh menambah atau mengurangkan mana-mana rider di dalam polisi anda pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa anda tanpa perlu mengambil polisi yang baru.

 
Sum Covered
*
Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan dibayar sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
*
Manfaat asas yang mesti ada di dalam setiap polisi.
*
Sebab kematian terdiri dari kematian biasa atau kemalangan.
*
Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.


Total Permanent Disability (TPD)

*
Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan dibayar sekali gus.
*
Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
*
Pemegang polisi akan mendapat Elaun Tahunan sekiranya disertakan bersama di dalam polisi (rujuk Disability Provider di bawah)


Crisis Shield
*
Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
*
Jumlah pampasan yang dibayar akan ditolak dari jumlah Sum Covered di atas.
*
Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card.
*
Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini tidak akan dibayar bersama Sum Covered di atas.
*
Selepas didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, atau yang mana lebih terdahulu. Untuk mendapat manfaat ini, perlu disertakan bersama manfaat Contributor Benefit di dalam satu polisi tersebut.
*
Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
*
Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
*
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
*
Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.


Compassionate Benefit
*
Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
*
Pampasan ini boleh dituntut oleh waris sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.


Crisis Cover Plus
*
Manfaat ini akan membayar pampasan untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, sama seperti manfaat Crisis Shield di atas.
*
Pampasan yang dibayar tidak ditolak dari manfaat Sum Covered di atas, berbeza dari manfaat Crisis Shield di atas.
*
Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini akan dibayar bersama pampasan Sum Covered di atas.


Crisis Cover Income
*
Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
*
Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
*
Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.


Accidental Death & Disablement
*
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Pampasan ini akan dibayar bersama jumlah Sum Covered di atas.
*
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
*
Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan.
*
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit ini pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula.
*
Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan yang boleh dituntut untuk tahun itu.


Accidental Medical Reimbursement
*
Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah bil yang telah dibayar dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
*
Pampasan yang dibayar adalah berdasarkan had bagi setiap kes dan BUKAN had bagi setiap tahun.
*
Jumlah yang dibayar adalah berasingan dan TIDAK melibatkan nilai dari medical card anda.
*
Jumlah pampasan yang boleh diambil adalah RM2,000 minimum dan RM10,000 maksimum di dalam satu polisi.
*
Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

Weekly Indemnity
*
Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
*
Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
*
1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
*
Jumlah unit yang boleh diambil adalah sehingga 14 unit berdasarkan Kelas Pekerjaan.
*
Untuk Kelas Pekerjaan 1 dan 2, unit yang boleh diambil adalah maksimum 14 unit manakala untuk Kelas Pekerjaan 3 dan 4, unit yang boleh diambil adalah maksimum 7 unit.

Disability Provider
*
Pampasan ini akan diberikan kepada pemegang polisi apabila didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
*
Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
*
Jumlah pampasan adalah berdasarkan quotation yang disediakan.


Hospital Benefit
*
Manfaat ini akan dibayar mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
*
Hospital Benefit dikira berdasarkan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM400 sehari.
*
Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
*
Sekiranya anda memasukkan manfaat Medical Cover dalam polisi anda, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Hospital Benefit 5 Unit dan Medical Cover 3 Unit. Jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut mestilah tidak melebihi 8 unit.
*
Manfaat dibayar untuk kemasukan sama ada ke hospital swasta atau hospital kerajaan. Sekiranya bil hospital telah ditanggung oleh pihak syarikat tempat anda bekerja, Hospital Benefit ini masih boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan resit. Hospital Benefit akan dibayar kepada peserta selepas keluar dari hospital.
*
Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.


Medical Cover
*
Manfaat ini menggabungkan 3 Elaun di dalam satu rider iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
*

Elaun Hospital (rujuk Hospital Benefit di atas)
*
Elaun ICU - Membayar Elaun Harian selama berada dalam wad ICU. Elaun Harian untuk kemasukan ke ICU akan dibayar sekali ganda.
*
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan tersebut (Severity Level)
*
Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
*
Setiap quotation yang dibuat akan ditunjukkan dalam bentuk unit. 1 Unit mewakili RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 maksimum bagi setiap procedure pembedahan (Elaun Bedah)
*
Elaun Bedah akan dibayar berdasarkan kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM125
Level 2 : RM250
Level 3 : RM500
Level 4 : RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500
*
Contoh di atas adalah berdasarkan 1 unit. Jumlah unit maksimum yang boleh diambil ialah 8 unit. Sekiranya dimasukkan bersama Hospital Benefit, jumlah keseluruhannya mestilah 8 unit seperti penerangan di Hospital Benefit di atas.
*
Elaun Bedah maksimum adalah sehingga RM12,500 bagi setiap procedure pembedahan dengan 8 unit yang diambil.

Major Medical Cover
*
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan sehingga nilai RM1.5 juta.
*
Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN seluruh Malaysia. Anda tidak perlu menggunakan duit sendiri dulu untuk menanggung kos-kos perubatan anda.
*
Sila rujuk di Medical Card.


Takaful Puteri
*
Sebagai rider tambahan untuk pelan Takafulink.
*
Sesuai untuk kaum wanita muda yang merancang untuk mendirikan rumahtangga atau melahirkan anak.
*
Terdiri dari dua pelan:
o
Takaful Puteri
o
Takaful Puteri Plus
*
Sila rujuk di Takaful Puteri


Takaful Cerdik
*
Manfaat yang sama seperti di Takafulink dengan sedikit perbezaan.
*
IBU atau BAPA hanya boleh ambil untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun sahaja.
*
Untuk manfaat Weekly Indemnity dan Crisis Cover Income tidak boleh dimasukkan.
*
Perlindungan hanya sehingga umur anak 25 tahun sahaja.

Takaful Saver
*
Takaful Saver adalah satu rider tambahan untuk membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah.
*
95% dari caruman di Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah berkualiti tinggi.

Contributor Benefit
*
Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Atau dengan maksud lain, caruman peserta akan diganti bayar semula oleh PruBSN. Peserta tidak lagi perlu membayar.
*
Jumlah manfaat yang akan dibayar adalah berdasarkan jumlah caruman tahunan peserta. (Jumlah bulanan didarabkan dengan 12 bulan)
*
 

Manfaat lain yang berkaitan adalah :
*
 

Parent Contributor
Sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent peserta meninggal dunia sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful untuk caruman seterusnya.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun. Manfaat ini hanya boleh diambil oleh Parent untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun sahaja.
*
Spouse Contributor

Membayar sumbangan tetap Takaful untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia. Caruman akan digantikan oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi 80 tahun.
*
Takaful Saver Contributor

Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
*
Takaful Saver Parent Contributor

Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.
*
Takaful Saver Spouse Contributor

Membayar sumbangan tetap Takaful Saver untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.

Pulangan Pelaburan

*
Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa walau atas apa tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
*
Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun. Anggaran peratus tersebut adalah syarat dari BNM yang boleh ditunjukkan di dalam ilustrasi quotation. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang dipilih.
*
Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.


Pelepasan Cukai
*
Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat
bersama EPF sehingga RM6,000.
*
Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.



Kenapa perlu bertangguh lagi?

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.
Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya PERLU BERFIKIR... ADAKAH ANDA MASIH LAYAK? Ini disebabkan dari pengalaman saya, ramai di kalangan kita sangat-sangat memerlukan insurans apabila mereka sudah tidak layak lagi untuk membeli insurans!
Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.
Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans/takaful itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.
Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!
Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9,000.00? Itu adalah kos semasa pada masa sekarang. Bagaimana dengan kos pada masa akan datang. 5 atau 10 tahun lagi...
Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.
Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?
Mungkin anda ada alternatif sendiri...
Menggunakan simpanan sendiri?
Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu? Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera!
Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama?

Itu kalau ada simpanan. Kalau anda mempunyai wang simpanan tentu anda terpaksa mengeluarkannya untuk menanggung kos perubatan anda. Kadang-kadang wang simpanan tersebut sudah lama disimpan. Mungkin untuk sebarang kegunaan lain. Mungkin untuk kegunaan dihari tua sebagai persediaan untuk persaraan. Mungkin juga untuk menunaikan haji.

Menjual harta benda?
Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?Tindakan anda kurang bijak jika menjual harta untuk nak dapatkan wang dengan serta merta. Itu pun kalau anda mempunyai harta yang banyak.
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah. Sudah tentu anda akan mengalami sedikit kerugian dan sudah tentu pula akan ada orang yang akan mengambil kesempatan bermain harga dengan anda.Sebenarnya perkara ini biasa berlaku. Ada orang yang terpaksa jual kereta, jual rumah, jual tanah untuk menanggung kos perubatan hospital.
Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

Memohon pinjaman?

Pinjam dari siapa? Kawan... Bank... Along.. Itu kalau ada yang boleh bagi... selalunya bila pinjam mestilah kena bayar balik.

Bagaimana anda nak bayar balik kalau anda dah sakit dan tak boleh bekerja lagi. Siapakah yang boleh bagi pinjam tanpa banyak soal kalau dengan keadaan kita yang belum tentu boleh bayar balik. Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda?

Meminta derma?
Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
Anda tentu pernah melihat iklan-iklan meminta derma dari orang ramai tak kiralah di tv atau akhbar-akhbar harian.
Apa lagi yang anda fikirkan?
Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.
Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.

Saturday, November 7, 2009

Hospital Panel di seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia...


Kuala Lumpur / Selangor

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022 03-9132 0732

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828 03-4289 2829

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655 03- 2070 0345

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000 03- 2687 5016

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902 03-7781 4933

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-3373 3636 03-3376 3888

KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999 03-8769 2808

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500 03-4270 2443

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599
Tel : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692 03-4270 2443

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888 03-22960832
Columbia Asia Medical Centre, Puchong,
No 1, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-8064-8688

Pantai Klang Medical Centre,
Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor,
Tel : 603-3374 2020

Institut Jantung Negara,
145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Tel : +603-2617 8200

Prince Court Medical Centre,
39, Jalan Kia Peng , 50450 Kuala Lumpur,
Tel : +603-2160 0000

KPJ Selangor Specialist Hospital (Effective 1 June 2009),
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor,
Tel : 03-5543 1111



Johor

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888 07-223 6785

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999 07-772 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333 07-413 3346

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000 07-2248213

Puteri Specialist Center 33,
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377 07-2238833

Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-433 8811

Kempas Medical Centre
Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru, 81200 Johor Bharu, Johor
Tel : 07-2368999 Fax : 07-2368222

Hospital Penawar ( Effective 1 June 2009)
No. 17 & 18 ( A -D), Pusat Perniagaan Pasir Gudang , 81700, Johor
Tel : 607-252 1800


Melaka

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-283 5888 06-281 0518

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1,
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999 06-231 3299

Mahkota Medical Centre 3,
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333


Negeri Sembilan

Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988 06-601 1848

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104 06-763 0407

Nilai Cancer Institute PT 13747,
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999 06-850 0733

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900

Senawang Specialist Hospital (Effective 1 June 2009)
No. 234-243, Jalan Lavendar Heights 2, Lavender Business Square,
70450 Senawang , Negeri Sembilan


Kelantan

Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000 09-747 2877

Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399 09-747 8271

Kembali ke atas


Terengganu

Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09 Fax : 09-626 5211

Pahang

Kuantan Medical Centre 1,
Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828 Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang Tel : 09-567 8588 09-567 8098


Sabah

Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922 Fax : 088-243540

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630 Fax : 088-272640

Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540


Sarawak

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273

Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-365777 082-364666


Sibu Specialist Medical Centre
52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800


Perak

Pantai Putri, Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000

Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777 05-254 1888


Penang

Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888


Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital
25B, C & D , Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang,
Tel : 04-228 46557

Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557 FAx : 04-646 1559

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557 Fax : 04-829 7982

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983

Island Hospital 308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222 Fax : 04- 226 7989


Kedah

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882

Kedah Medical Center Pumpong,
05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869

Hospital Pantai Utara Sungai Petani ( formerly known as Strand Hospital )
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889

Soalan dan Jawapan yg selalu ditanya (FAQ)

Ruangan Soal-Jawab ini diharapkan dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.

1. Apa dia Takafulink?

Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan

Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).

Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 3 dana utama
- Dana Ekuiti
- Dana Urus
- Dana Aman

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.

Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.

2. Apa dia Takafulink Cerdik?

Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada, simpanan untuk anak tetap ada.

Manfaat lain sama dengan Takafulink.

3. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

7. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?

- Credit Card
- Autodebit Bank
- Arahan tetap (Standing Instruction)
- Biro Angkasa

Sekiranya terdapat soalan yang tiada dalam senarai FAQ ini, anda boleh emailkan soalan tersebut ke nuzul@prupartner.com.my, Insyallah, saya akan jawab secepat yang mungkin.

Request For Quotation (RFQ)

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Pelan PruBSN Takaful. Anda boleh mendapatkannya secara percuma daripada kami. Caranya mudah sahaja.

Email ke nuzul@prupartner.com.my atau untuk maklumbalas yang lebih pantas SMS ke 019-274 3262 semua maklumat berikut :

1- Nama
2- Tarikh Lahir
3- Jantina
4- Pekerjaan (sekiranya kanak2, maklumat ini tidak diperlukan)
5- Status merokok atau tidak (untuk kanak2, ini tidak diperlukan)
6- Budget (Sekiranya ada, memudahkan kami untuk menyediakan pelan Takaful berdasarkan kemampuan anda)
7- Nombor Telefon (Memudahkan penerangan secara lisan sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas)

Kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin dan sekiranya anda bertuah, anda mungkin berpeluang untuk mendapat cenderahati berupa barangan eksklusif PruBSN Takaful.

Dapatkan Pelan Takaful PruBSN untuk anda sekarang!!!

Pelan 3 dalam 1

PELAN 3 DLM 1 (SIMPANAN + PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF + MEDICAL CARD)

* Pelaburan utk memaksimumkan pulangan beserta perlindungan dan medical card dgn
kadar pulangan tinggi 9%-15% setahun.
* Kami akan membayar Bil Hospital anda sehingga RM500,000
Prudential akan membayar terus kpd hospital pakar tanpa anda perlu menggunakan duit sendiri untuk membuat pembayaran.Anda cuma perlu membayar co-takaful sebanyak 10% iaitu minimum sebanyak RM300 dan maksimum sebanyak RM1000, tetapi kesemua ini akan dapat dibayar dengan elaun-elaun lain yang disertakan oleh Prudential.
* Jika mengidap penyakit kritikal, sejumlah pampasan akan dibayar dan anda akan dapat
menikmati pengecualian bayaran premium sehingga umur 80 thn.Polisi terus
berkuatkuasa.
* Medical Card di jamin pembaharuan secara automatik sehingga umur 70thn.
* Pengecualian cukai pendapatan maksimum RM6,000 setahun
* Pengeluaran sebahagian wang tunai pada bila-bila masa
* Memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut:
* Manfaat Kematian, Kemalangan / Lumpuh dan cacat kekal
* Faedah 36 penyakit kritikal. Jika pemegang polisi disahkan mengidap penyakit kritikal
premium tidak perlu dibayar hingga umur 80 thn (PERCUMA tapi dpt nikmati perlindungan)
* Elaun Harian hospital sehingga RM400 sehari

Mengapa Insuran perlu?

Kepentingan Insurans Dalam Kehidupan Kini ( Bantuan Di Saat Sukar )

Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang kaya.

Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila berlaku kematian :-

1) Tabung perbelanjaan Pengebumian, bil2 hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk pinjaman Perumahan
5) Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah )
6) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan anak

Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal.

Dengan izin Tuhan maka terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun dipindahkan ke syarikat insurans.

Dengan peredaran masa timbul pula risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital. Bolehkah kita membayar bil bernilai RM 40,000.00 contohnya dengan hanya membayar RM 500 setahun seorang kepada satu syarikat kewangan? MEMANG BOLEH dan inilah peranan insurans – alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia.

Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor – faktor lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal mengambil insurans tersebut.

Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.

Perlu khidmat nasihat lanjut…

Saya sedia membantu..