Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.
PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment