Wednesday, December 29, 2010

Penyakit-penyakit yang sering berlaku didalam masyarakat kita: Bersediakah kita dgn sebarang kemungkinan?

Bersediakah kita, malang tidak berbau dan penyakit tidak mengenal usia...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm&arc=hive

Diabetes meningkat mendadak di Asia – Ismail Merican - Utusan Malaysia
03/12/2010 7:13pm



KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kawasan Asia-Oseania mengalami peningkatan mendadak penyakit diabetes dengan kira-kira 138 juta penduduk Asia, termasuk 14.9 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu pada masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dengan 20 peratus daripadanya menguruskan penyakit itu menggunakan terapi insulin di pusat-pusat kesihatan Kementerian Kesihatan.

"Kadar obesiti yang tinggi menyumbang secara langsung kepada peningkatan jumlah pesakit diabetes, manakala kurangnya kefahaman di kalangan kakitangan kesihatan yang merawat diabetes jenis 2 merencatkan pengurusan penyakit itu,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran Panduan Praktikal Untuk Terapi Insulin di Kongres Endokrinologi Asia-Oseania ke-14 anjuran kementerian di sini.

Kongres dua hari itu mulai semalam disertai 30 pakar perubatan rawatan asas di seluruh negara bagi melatih mereka memperbaiki pengurusan pesakit diabetes jenis 2 iaitu penyakit progresif yang dicirikan oleh rintangan insulin dan kurang insulin. – Bernama

No comments:

Post a Comment